Harga rumah PKNS turun 20 peratus - Utusan Malaysia

Harga rumah PKNS turun 20 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Oktober 1986, Utusan Malaysia melaporkan harga rumah, pangsapuri, kedai serta kilang yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diturunkan pada kadar 15 hingga 20 peratus daripada harga asal mulai hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika mengumumkannya berkata, penurunan harga itu bagaimanapun hanya melibatkan sejumlah 8,804 unit yang masih belum dijual.

 

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 31 Oktober 1984 – Biro Buruh Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menggesa Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kontena Nasional menyusun semula syarikat agen kargo, Konnas Jet Cargo System Sdn. Bhd. selaras Dasar Ekonomi Baru.
  • 31 Oktober 1985 – Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan melakukan upacara pengisytiharan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) di Bandar Pusat Jengka.
  • 31 Oktober 1986 – Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar memaklumkan, para pegawai atau anggota polis yang didapati membocorkan rahsia polis boleh dihukum penjara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya