Baiki longkang rosak cetus banjir kilat

Baiki longkang rosak cetus banjir kilat

Baiki longkang
SYED Syiddul Akram Shah Syed Abdul Wahab Shah (kiri) menunjukkan keadaan longkang yang sebahagian dindingnya runtuh dan menghalang laluan air keluar sekali gus menyebabkan risiko banjir kilat di kediamannya di Lorong Lengkok Kiri 8, Taman Tanah Putih Baru, Kuantan. – UTUSAN / SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Banjir kilat kerap berlaku di Taman Tanah Putih susulan kerosakan sistem saliran di kawasan berkenaan yang masih belum dibaiki dibimbangi akan mencetuskan limpahan air di 300 buah rumah ketika hujan lebat terutama pada musim tengkujuh.

Penduduk, Syed Syiddul Akram Shah Syed Abdul Wahab Shah, 55, berkata, kerosakan yang dialami termasuklah sebahagian dinding parit yang runtuh sehingga menyebabkan sisanya memenuhi perangkap sampah sekali gus menghalang kelancaran aliran ke sungai.

Katanya, aduan mengenai kerosakan longkang itu sudah beberapa kali dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), termasuk aduan terbaharu pada awal tahun ini, namun sehingga kini masalah tersebut masih belum selesai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keluarga saya paling terjejas kerana rumah terletak paling hujung di Lorong Lengkok Kiri 8 dan berhampiran laluan keluar air ke sungai. Apabila hujan lebat, air terhalang dengan runtuhan dan sampah.

“Sebahagian rumah di lorong itu juga berisiko terjejas terutama jika hujan dan air pasang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini