Ibu rayu bantuan jalani pembedahan mata

Ibu rayu bantuan jalani pembedahan mata

Pembedahan mata
AIDA Norziana Adam perlu menjalani pembedahan segera ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherang Melintang di Tumpat. – UTUSAN / ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang surirumah perlu menjalani pembedahan menggantikan tulang sphenoid di bahagian mata kirinya yang menelan kos sebanyak RM5,500 bagi membuang ketumbuhan yang akan menyebabkan bebola matanya tersembul keluar.

Aida Norziana Adam, 42, berkata, dia akan menjalani pembedahan tersebut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, di sini pada 25 November ini dan memerlukan bantuan sebanyak RM2,000.

“Tulang sphenoid terletak di pangkal tengkorak, dibelakang soket mata. Ketumbuhan ini akan menekan saraf mata menyebabkan mata saya tersembul keluar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, keseluruhan kos implan itu berjumlah RM5,500 dan sebanyak RM3,500 berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai dan saudara mara.

“Saya masih lagi memerlukan RM2,000 membolehkan saya menjalani pembedahan ini,” ujarnya.

Tambah Aida Norziana, suaminya, Muhamad Hafiz Muhamad Bustaman, 41, hanya bekerja sebagai pemandu lori turut menanggung ibu yang terlantar sakit tua.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 153010364648 miliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini