Larangan kahwin bawah umur di Kelantan tak sesuai

Larangan kahwin bawah umur di Kelantan tak sesuai

MOHD. ASRI MAT DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Desakan supaya larangan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah berkahwin dilihat tidak sesuai dilaksanakan di Kelantan dengan mengambil kira masalah sosial di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd. Asri Mat Daud berkata, malah keputusan itu adalah selari dengan peruntukan Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 yang dikekalkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2025.

“Keputusan tersebut mengambil kira masalah kebejatan sosial pada hari ini serta wujudnya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kerajaan negeri juga menggariskan Piawaian Operasi Standard (SOP) Permohonan Perkahwinan Bawah Umur,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, kerajaan negeri juga menubuhkan jawatankuasa khas dianggotai semua pemegang taruh dalam isu berkaitan bagi mencapai penyelesaian komprehensif berteraskan hukum syarak dan kepentingan umum.

Katanya, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan juga sentiasa menambah baik arahan tersebut berdasarkan keperluan semasa, kajian dan pandangan professional.

“Semua pihak, khususnya keluarga, masyarakat dan agensi kerajaan sentiasa memperkukuhkan kerjasama.

“Langkah berkenaan dititik beratkan bagi memastikan matlamat kemaslahatan yang hendak dicapai dalam perkahwinan bawah umur dapat dilaksanakan dengan sewajarnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini