Kamaruddin tunggu surat ditamatkan jawatan Exco Kelantan - Utusan Malaysia

Kamaruddin tunggu surat ditamatkan jawatan Exco Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada kerajaan negeri berhubung desas-desus kerajaan negeri mahu menamatkan khidmatnya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Menurut Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Seni dan Warisan itu, beliau hanya menyedari perkara itu melalui khabar angin bertiup kencang.

“Ya, saya sudah mendengar khabar angin itu dan masih menunggu surat rasmi daripada kerajaan negeri sekiranya benar mereka berhasrat menamatkan khidmat saya sebagai EXCO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan mengadakan sidang media sekiranya saya benar-benar digugurkan daripada jawatan EXCO negeri, atau sebaik sahaja menerima surat rasmi berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi.

Kamaruddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, berkhidmat sebagai EXCO negeri sejak Ogos 2023.

Khabar angin itu timbul ketika kemelut politik antara Pas dan Bersatu, dua parti utama dalam Perikatan Nasional (PN), berterusan, susulan keretakan kerjasama politik antara kedua-duanya.

Pada 8 Jun lalu, Pas mengumumkan keputusan untuk menamatkan semua kerjasama politik dengan BERSATU susulan mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Langkah itu menimbulkan persoalan mengenai masa depan wakil Bersatu yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan PAS, termasuk di Kelantan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini