Prestasi ekonomi Melaka, sandaran BN yakinkan pengundi atas pagar

Prestasi ekonomi Melaka, sandaran BN yakinkan pengundi atas pagar

JOHARI Abdul Ghani berbual dengan jentera BN ketika taklimat bersama bagi DUN Ayer Molek dan Pengkalan Batu, Melaka. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Prestasi ekonomi Melaka yang menunjukkan perkembangan positif khususnya dalam sektor pelancongan dan pembuatan menjadi antara kekuatan Barisan Nasional (BN) dalam meyakinkan pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, walaupun Melaka sebuah negeri kecil, pencapaian ekonomi yang direkodkan membuktikan keupayaan kepemimpinan kerajaan negeri dalam merancakkan pembangunan.

Menurutnya, sektor pelancongan menyumbang hampir 51 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melaka ini sebuah negeri walaupun kecil tetapi telah menunjukkan peningkatan yang sangat bagus dari segi kejayaan pemimpin yang memimpin negeri ini sehingga membawa perkembangan ekonomi yang cukup bagus.

“Contohnya, dari segi pelancongan, dahulu Melaka tidak begitu menonjol tetapi sekarang disebabkan banyak promosi yang dibuat pemimpin seperti Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

“Ia banyak memberi kesan kepada aktiviti ekonomi,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan taklimat bersama jentera BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek dan Pengkalan Batu di sini, hari ini.

Selain pelancongan, Johari berkata, sektor pembuatan termasuk elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor turut memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Macam Infineon itu, 11,000 pekerja, nampak 90 peratus menggunakan tenaga kerja tempatan. Jadi saya rasa baguslah.

“Saya nampak kerajaan negeri sudah dapat mengatasi soal kebergantungan kepada pekerja asing. Itu satu perkara yang saya amat positif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini