Tentera perlu bantu tingkatkan semangat rakyat - Utusan Malaysia

Tentera perlu bantu tingkatkan semangat rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 November 1977, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menegaskan, tentera negara bukan sahaja ditugaskan memburu dan memusnahkan segala bentuk kegiatan musuh di hutan, bandar dan desa, tetapi juga perlu membantu kerajaan menyubur dan meningkatkan semangat rakyat.

Kata Perdana Menteri: “Mereka hendaklah membantu kerajaan bukan saja dalam usaha mencapai matlamat pelaksanaan pembangunan ekonomi negara, tetapi juga sama-sama berusaha menyubur dan meningkatkan semangat dalam jiwa rakyat ke arah pembaharuan sikap, pembaharuan cara berfikir dan bertindak”.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 24 November 1971 – Warganegara Malaysia yang berkhidmat dengan Syarikat Penerbangan Malaysia/Singapura (MSA) diberi masa dua bulan untuk memilih sama ada mahu terus berkhidmat dengan MSA atau dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).
  • 24 November 197214 orang anak kapal Burma yang hilang di perairan Langkawi dipercayai masih hidup dengan bergantung kepada alat- alat penyelamat atau peralatan lain yang terapung dari kapal mereka yang tenggelam.
  • 24 November 1973 – Sebuah syarikat filem bumiputera iaitu, Noor Filem Enterprise yang baru ditubuhkan kira-kira tiga bulan lalu merupakan satu usaha sama dengan perusahaan filem Indonesia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya