AmBank tawar moratorium sehingga 6 bulan untuk mangsa banjir di Selangor

AmBank tawar moratorium sehingga 6 bulan untuk mangsa banjir di Selangor

JAMIE Ling
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan AmBank (AmBank) menzahirkan komitmen untuk menyalurkan Program Bantuan Banjir khusus bagi pelanggan individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas oleh bencana banjir di Selangor.

Inisiatif berkenaan tertumpu kepada kawasan yang teruk terjejas seperti Shah Alam, Klang dan kawasan lain yang disahkan sebagai zon bencana oleh Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata, bank bersedia menghulurkan bantuan kewangan yang sewajarnya demi meringankan beban emosi serta logistik pemulihan yang ditanggung oleh mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berdoa urusan mereka yang terjejas dipermudahkan dan usaha pemindahan serta operasi menyelamat berjalan lancar.

“Kami bersedia memberi bantuan kepada para pelanggan sebaik mungkin bagi meringankan beban kewangan, sekali gus memberi ruang untuk mereka yang terjejas menumpukan kepada pemulihan dan pembinaan semula kehidupan,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi Program Bantuan Banjir tersebut, AmBank menawarkan moratorium sehingga enam bulan untuk pembiayaan bulanan, selain pengecualian cawangan sampingan atau kos penggantian buku cek, kad ATM, kad debit serta kad kredit.

Pihak bank turut menyarankan agar pelanggan mengoptimumkan penggunaan perbankan digital menerusi aplikasi dan portal AmOnline bagi menyempurnakan urusan harian sepanjang tempoh bencana.

Bagi permohonan moratorium dan maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari pautan khas di laman web rasmi AmBank atau hadir terus ke cawangan berdekatan mengikut keadaaan semasa.

Pelanggan individu boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan AmBank di talian 03-2178 8888 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam, manakala pelanggan PKS serta korporat digalakkan berhubung terus dengan pengurus perhubungan masing-masing. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini