Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat

Jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Perak menunjukkan sedikit pemulihan manakala di Selangor menunjukkan peningkatan, menjadikan keseluruhan sebanyak 1,002 orang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat petang semalam.

Di Hilir Perak, jumlah mangsa mencatatkan sedikit penurunan kepada 419 orang daripada 124 keluarga berbanding 439 orang daripada 130 keluarga pada sebelah pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan sebanyak 284 orang daripada 85 keluarga ditempatkan di Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) manakala 135 mangsa daripada 39 keluarga berlindung di Dewan MPTI Langkap.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, sebanyak 26 mangsa kejadian ribut telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing tengah hari tadi susulan penutupan PPS Dewan Komuniti Manjung.

Dua sungai di Perak melepasi tahap bahaya, iaitu Sungai Kinta di Tanjung Tualang yang mencatat bacaan 12.52 meter dan Sungai Bidor di Changkat Jong (3.55 meter).

Manakala di Selangor, jumlah mangsa meningkat lebih dua kali ganda kepada 583 orang daripada 163 keluarga setakat 3.40 petang berbanding 215 orang membabitkan 55 keluarga pagi semalam.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS dalam daerah Kuala Selangor, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Maharaja Lela (326 orang daripada 97 keluarga), SK Parit Mahang (154 mangsa, 36 keluarga), Sekolah Agama Batu 8 Ijok (77 mangsa, 21 keluarga) dan SK Jaya Setia (26 mangsa, sembilan keluarga).

Mangsa terdiri daripada 163 lelaki dewasa, 184 perempuan dewasa, 127 kanak-kanak lelaki, 97 kanak-kanak perempuan, tujuh bayi lelaki dan lima bayi perempuan selain 56 warga emas serta 11 orang kurang upaya (OKU). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini