HULU SELANGOR: Tujuh warga asing antara lapan lelaki yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di lokasi perkelahan Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak, di sini semalam.
Dalam insiden berkenaan, seorang mangsa warga tempatan ditemui lemas awal pagi tadi, manakala tujuh lagi mangsa dilaporkan masih hilang.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata mangsa yang ditemui lemas dikenali sebagai V Vijayan, seorang lelaki tempatan.
”Mayat mangsa ditemui anggota JBPM di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi tadi, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi asal dia dipercayai dihanyutkan arus.
”Sementara itu, tujuh lagi mangsa masih hilang dan kini dalam operasi pencarian membabitkan seorang lelaki warga Yaman berusia 20 tahun, enam lelaki warga India serta seorang lelaki tempatan,” katanya.
Mengulas mengenai operasi operasi pencarian, Nor Hisham berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sudah membahagikan kawasan carian kepada tiga sektor utama bagi mengesan semua mangsa.
”Pasukan SAR kini membahagikan kawasan pencarian kepada Sektor A, Sektor B dan Sektor C bagi memastikan liputan pencarian dibuat secara menyeluruh mengikut aliran sungai,” katanya.











