Jerantut, Rompin diramal banjir bermula esok - Utusan Malaysia

Jerantut, Rompin diramal banjir bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), mengeluarkan amaran banjir di Jerantut dan Rompin membabitkan kawasan dalam lembangan sungai terbabit terutama di lokasi mudah banjir, kawasan rendah dan berisiko bermula 1 pagi esok hingga 11.59 malam Sabtu ini.

PRABN dalam kenyataannya berkata, ramalan kemungkinan banjir itu, susulan amaran hujan berterusan (waspada) oleh Jabatan Meteorologi pada 8.30 pagi semalam dan model ramalan banjir JPS.

Antara lokasi terbabit di Jerantut ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Lembangan Sungai Pahang di Perumahan Felda Jengka 24 di Blok 11, Taman Ria, Perumahan Sungai Jan, Felda Gelanggi 1 dan 3, Kampung Baharu, Kampung Besul dan Kampung Jerangsang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut terbabit Kampung Sungai Siam, Kampung Lata Kasah, Kampung Kuala Pengau, Kampung Kuala Teh, Kampung Batu Balai, Kampung Sempadan, Felda Sungai Retang, Felda Padang Piol dan Kampung Paya Garuk,” kata kenyataan itu.

Selain itu, lokasi terbabit di Rompin ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Lembangan Sungai Rompin di Kampung Aur, Kampung Meripoh, Kampung Tebu Hitam, Pantai Bernas, Kampung Ayau, Leban Chondong, Kampung Gading dan Kampung Sarang Tiong.

Lokasi lain terbabit ialah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer Lembangan Sungai Pahang di sekitar Kampung Mikang, Kampung Buluh Nipis, Kampung Simpang Sepayang, Kampung Sepayang, Kampung Tebu Hitam, Kampung Tengah, Kampung Tekek, Perumahan Murah Kampung Tekek, Kampung Serinkin, Kampung Janglau 1, 2 dan 3.

“Banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan. Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutama di kawasan dijangka banjir, berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” menurut kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini