Harga gula naik 10 sen mulai esok - Utusan Malaysia

Harga gula naik 10 sen mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 November 1974, Utusan Malaysia melaporkan harga gula akan dinaikkan sebanyak 10 sen bagi setiap satu kati di seluruh negara mulai esok. Ini bermaksud harga runcit gula pasir di seluruh Semenanjung Malaysia akan dinaikkan kepada 60 sen sekati.

Kenaikan harga gula ini turut melibatkan Sabah dan Sarawak yang dinaikkan kepada 65 sen sekati di pelabuhan-pelabuhan utama di negeri itu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 1 November 1972Negeri Sarawak bersedia untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan negeri mulai tahun hadapan, kata Ketua Menteri, Datuk Abdul Rahman Yaakob.
  • 1 November 1977 – Enam buah lagu popular Malaysia yang dipersembahkan oleh kumpulan muzik New England Ensemble dari Australia mempersonakan para penonton yang menyaksikan pertunjukkan di Melaka.
  • 1 November 1979 – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang, Hindun Hashim, 53, diisytiharkan sebagai ‘Ibu Cergas 79 Negeri Pulau Pinang‘ dengan memenangi pingat emas yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya