NEW DELHI: India, salah sebuah pengeluar gula terbesar dunia, telah mengharamkan eksport komoditi penting itu sehingga akhir September bagi memastikan bekalan domestik mencukupi dan mengelakkan kenaikan harga. Kerajaan melarang eksport berkuat kuasa serta-merta menurut perintah yang dikeluarkan lewat Rabu, kecuali beberapa pengecualian terhad termasuk penghantaran yang sudah dalam proses. Eksport di bawah perjanjian kerajaan berkaitan keselamatan makanan dengan negara lain juga dibenarkan, menurut perintah itu. Larangan tersebut akan berkuat kuasa…










