Buka tanah 6,070 hektar ganti penutupan lombong besi di Terengganu - Utusan Malaysia

Buka tanah 6,070 hektar ganti penutupan lombong besi di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 11 Disember 1970, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pusat akan memberi pinjaman penuh kepada Kerajaan Terengganu untuk membuka tanah seluas 6,070 hektar bagi mengatasi kemerosotan ekonomi akibat penutupan lombong besi.

Hal ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Ghafar Baba ketika melawat lombong besi Syarikat EMMCO di Dungun. Rancangan pembukaan tanah ini adalah salah satu daripada rancangan yang dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK.

  • 11 Disember 1968
    Kerajaan Perak akan memasukkan projek membina Jambatan Sungai Bidor dalam Rancangan Malaysia Ke-2.
  • 11 Disember 1977
    Concorde buat pertama kalinya mendarat di Singapura.
  • 11 Disember 1979
    Jumlah beca roda tiga di Perbandaran Ipoh merosot dari 913 pada tahun 1977 kepada 770 (1978) dan 652.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya