KUALA LUMPUR: Manulife Malaysia telah melancarkan Manulife Prestige Club, satu program keahlian baru untuk pelanggan berpendapatan tinggi yang layak, menawarkan sokongan khusus, layanan keutamaan serta keistimewaan terpilih yang merangkumi aspek kesihatan dan kekayaan.
Direka khas mengikut keutamaan pelanggan yang sentiasa berubah, Manulife Prestige Club menawarkan pengalaman yang lebih lancar dan disesuaikan mengikut keperluan peribadi. Program ini menyokong ahlinya bukan sahaja dari segi keperluan insurans, malah dalam perancangan kesihatan, kekayaan, dan pewarisan.
“Kejayaan yang telah dibina oleh para pelanggan kami wajar menerima perlindungan yang teliti serta tahap perkhidmatan yang sentiasa berubah seiring dengan keperluan mereka. Manulife Prestige Club menggabungkan bantuan yang diperibadikan dan keistimewaan terpilih, mencerminkan penghargaan kami atas kesetiaan mereka dan komitmen kami dalam menyokong perkara yang paling bermakna buat mereka, pada masa kini mahupun masa depan,” kata Vibha Coburn, Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada program ini, para ahli mempunyai pegawai perhubungan khusus untuk mendapatkan bantuan yang diperibadikan, di samping layanan keutamaan bagi tuntutan yang layak, permohonan perniagaan baharu, dan permintaan pengurusan polisi, serta perkhidmatan istimewa di cawangan-cawangan Manulife.
Menerusi kerjasama strategik, Manulife Prestige Club menawarkan faedah tambahan kepada ahli yang layak bagi menyokong kesejahteraan kesihatan dan kewangan mereka.
Selaku rakan strategik penjagaan kesihatan eksklusif program ini, IHH Healthcare Malaysia menawarkan pelbagai keistimewaan di hospital-hospital yang terlibat kepada pemegang polisi insurans perubatan Manulife yang layak.
Ini termasuk akses ke ruang santai hospital terpilih, naik taraf bilik secara percuma yang tertakluk kepada ketersediaan, serta penjimatan sebanyak 20 peratus bagi pakej saringan kesihatan tertentu. Kerjasama ini bertujuan untuk menambahbaik pengalaman penjagaan kesihatan secara menyeluruh di samping menggalakkan pendekatan yang lebih proaktif terhadap penjagaan pencegahan.
Para ahli juga boleh mengakses penyelesaian pelaburan yang ditawarkan oleh Manulife Investment Management (M) Berhad, termasuk Amanah Saham dan Skim Persaraan Swasta, bagi menyokong keperluan pelaburan jangka panjang serta perancangan persaraan mereka. Semua keistimewaan dan tawaran adalah tertakluk kepada kelayakan, ketersediaan, serta terma dan syarat yang ditetapkan.
Para ahli yang layak juga boleh menikmati akses keutamaan bagi ujian Pengesanan Pelbagai Kanser oleh Guardant Health melalui aturan perkhidmatan yang ditetapkan di Singapura, yang menyokong saringan kesihatan lebih awal menerusi satu pengambilan sampel darah.
Ujian ini bertujuan untuk saringan semata-mata dan bukannya ujian diagnostik. Akses adalah tertakluk kepada kelayakan klinikal serta terma dan syarat yang ditetapkan.









