Muzik rancak no na meriahkan iklan terbaharu Shopee Indonesia

Muzik rancak no na meriahkan iklan terbaharu Shopee Indonesia

KUMPULAN pop wanita no na tampil dalam iklan terbaharu sempena kempen Shopee Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Muzik rancak, koreografi bertenaga dan visual berwarna-warni menjadi tarikan utama dalam kolaborasi terbaharu Shopee bersama kumpulan pop wanita no na sempena kempen Shopee Indonesia.

Iklan itu dibuka dengan penampilan empat anggota no na, iaitu Baila Fauri, Christy Gardena, Shazfa Adesya dan Esther Geraldine, menerusi lirik, “Hello, do you copy? I’m shopping with my friends! Girls, we be scrolling Shopee, yea they got everything!”

Gabungan irama rancak, karakter tersendiri setiap anggota dan suasana ceria menggambarkan keseronokan membeli-belah bersama rakan, pengalaman yang dekat dengan kehidupan seharian generasi muda. Iklan dan kandungan digital hasil kolaborasi itu meraih sehingga 45 juta tontonan di TikTok, 16 juta di YouTube dan 24 juta di Instagram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keserasian keempat-empat anggota turut menyerlah menerusi gerak tari yang bertenaga, seragam dan mudah diikuti.

Keceriaan mereka diterjemahkan dalam beberapa babak santai, daripada melayari Shopee di tepi pantai dan mencari barangan idaman hinggalah membuka bungkusan serta mencuba barangan yang dibeli. Babak-babak itu menggambarkan keseronokan menemukan barangan kegemaran dan berkongsi idea dengan rakan.

Latar pulau tropika dengan pemandangan pantai dan pergunungan menyerlahkan gaya kepulauan yang sinonim dengan no na. Keempat-empat anggota tampil dengan persalinan rona jingga hingga merah yang diinspirasikan oleh warna matahari terbenam. Perincian berkilau, pelbagai corak dan aksesori ceria melengkapkan penampilan mereka.

Dikenali dengan gabungan muzik pop moden dan sentuhan budaya tempatan, no na turut menyelitkan unsur budaya Indonesia dalam lirik iklan itu, termasuk kain batik, jamu dan kuih cubit. Unsur tersebut turut menggambarkan kepelbagaian produk di Shopee dengan cara yang dekat dengan generasi muda.

“Kami suka konsep kolaborasi istimewa dengan Shopee kali ini kerana ia dekat dengan kehidupan seharian kami. Bila berkumpul, kami selalu berkongsi perkara yang sedang kami minati, termasuk barangan comel yang kami temui ketika melayari Shopee.

“Kami juga gembira dapat mengetengahkan unsur khas Indonesia seperti batik, jamu dan kuih cubit dengan cara yang lebih segar. Semuanya terasa seronok dan dekat dengan kami!” kata no na.

Di YouTube, penonton memuji konsep visual, suntingan dan lagu iklan itu yang mudah melekat di ingatan. Antara komen mereka ialah:

  • @intanmaharani641 — “kolaborasi no na x Shopee ini keren banget sih menurutku, mana lagunya terngiang-ngiang terusss di kepala”
  • @matchapeony7 — “Aesthetic abis, yang bikin konsep patut dikasih raise sih sumpah”
  • @kerlyya — “Happy bet nemu nona x shopee 🫰 buat hari jadi semangat”

 

Iklan itu turut mendapat sambutan positif di TikTok. Ada yang menyifatkan lagunya cukup baik untuk dimuatkan dalam album no na, manakala ada yang mengaku sanggup menonton iklan itu hingga habis. Komen seperti “iklan yg gak aku skip” dan “lagu iklan pun kalo sama nona enak banget di denger” menunjukkan bagaimana muzik menjadi tarikan utama dalam penyampaian mesej kempen itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini