1,325 mangsa banjir masih berlindung di PPS di Perak, Selangor

1,325 mangsa banjir masih berlindung di PPS di Perak, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1,325 mangsa banjir daripada 373 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Selangor setakat pagi ini.

Di Perak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 380 orang daripada 108 keluarga berbanding 348 orang daripada 99 keluarga petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS di Hilir Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Daripada jumlah itu, seramai 257 mangsa daripada 73 keluarga berlindung di PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), manakala 123 mangsa daripada 35 keluarga ditempatkan di PPS Dewan MPTI Langkap.

Sementara itu, di Selangor, jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor turut meningkat kepada 945 orang daripada 265 keluarga berbanding 848 orang daripada 236 keluarga semalam.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Maharaja Lela menempatkan jumlah tertinggi iaitu 411 orang.

Ia diikuti SK Parit Mahang (238 orang), Sekolah Rendah Agama Bukit Kuching (207), Sekolah Agama Batu 8 Ijok (77) dan SK Jaya Setia (12). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini