PRN Melaka: BN tawar PN jawatan dalam kerajaan negeri

PRN Melaka: BN tawar PN jawatan dalam kerajaan negeri

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) sedia menawarkan kedudukan dalam kerajaan negeri kepada wakil Perikatan Nasional (PN) sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu selaras dengan kerjasama politik yang dimeterai kedua-dua gabungan bagi menghadapi PRN tersebut.

“Sebagaimana yang berlaku di Negeri Sembilan sebelum ini, kita menghormati persetujuan dengan memberikan pelantikan kepada rakan kerjasama untuk menganggotai kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan mengambil pendekatan sama dengan menjemput wakil PN yang memenangi kerusi DUN untuk menganggotai kerajaan negeri sekiranya kita berjaya membentuk kerajaan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahmad Zahid yakin persefahaman bersama PN dalam menghadapi PRN Melaka dapat diterima oleh akar umbi kedua-dua gabungan parti tersebut.

Menurutnya, kedua-dua gabungan parti tersebut telah menandatangani perjanjian persefahaman untuk menggerakkan semua jentera dan juga para pengundi supaya mengundi calon-calon atas persetujuan bersama.

“Pada kali ini kita absahkan supaya mobilisasi dari segi jentera itu dapat berjalan dengan baik. Kita tidak menolak akan ada permasalahan ya di peringkat akar umbi kerana mungkin dari segi keserasian itu agak bermula lewat ya. 

“Maka kita akan laksanakan di mana pemimpin-pemimpin kedua-dua parti gabungan, BN dan PN akan turun ke kawasan Dewan Undangan Negeri dan kita akan melakukan penyelarasan gerak kerja jentera di peringkat lokaliti, PDM dan juga DUN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini