Kerajaan jamin kelancaran SPM ketika Monsun Timur Laut

Kerajaan jamin kelancaran SPM ketika Monsun Timur Laut

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Kerajaan akan memastikan pelajar dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lancar di negeri yang terjejas banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dalam mesyuarat Kabinet pada minggu lalu berkenaan pelajar yang sedang mengikuti peperiksaan SPM.

“Beliau mengatakan kepada saya di kawasan-kawasan yang dijangka berlaku banjir besar, pelajar-pelajar ini telah dikenal pasti dan akan dipindahkan di sekolah-sekolah yang ada asrama dan mereka mengambil peperiksaan di tempat-tempat berkenaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lembaga Peperiksaan juga telah bersiap siaga mengenai perkara ini,” katanya ditemui pemberita pada Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk  menyampaikan sumbangan bantuan Deepavali kepada pelajar sekolah rendah, bantuan tadika dan sekolah rendah Tamil sekitar Bagan Datuk.

Beliau yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, negeri-negeri yang berisiko berlakunya bencana banjir ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Kuala Lumpur banyak berlaku banjir kilat tetapi bukan disebabkan oleh Monsun Timur Laut.

“Saya sendiri mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat kebangsaan dan kita telah membahagikan tugas-tugas kepada agensi-agensi penguatkuasa dan bantuan,” katanya.

Jelasnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyimpan stok bantuan makanan dan juga khemah-khemah pada tahun ini untuk dimobilisasikan.

“NGO juga membantu pada kali ini melebihi daripada jumlah yang lalu, termasuk untuk komunikasi.

“Apabila elektrik tidak ada lagi, jadi persatuan radio amatur juga membantu dan menolong untuk komunikasi,” katanya.

Berhubung bantuan wang ihsan banjir sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir, Ahmad Zahid berkata, ia akan diteruskan seperti tahun lalu untuk meringankan beban mereka.

MTL 2026/2027 bermula pada 27 Oktober lalu  dan diramal berterusan sehingga Mac 2027. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini