Cetakan lino medium alternatif fotografi

Cetakan lino medium alternatif fotografi

HANAN Amani Muhamad Hajrul Adha, pelajar tahun dua Jabatan Seni Halus, memulakan eksplorasi karyanya dengan merakam subjek di pasar raya sebagai sumber visual utama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM dunia fotografi, proses cetakan bukan sekadar peringkat akhir penghasilan imej, tetapi merupakan medan penting yang menentukan watak, makna dan pengalaman visual sesebuah karya.

Cetakan memberi dimensi material kepada fotografi, membolehkan imej dirasai melalui tekstur, skala dan medium bukan hanya dilihat di skrin.

Sejak era awal fotografi abad ke-19, proses cetakan seperti albumen, gelatin silver dan cyanotype telah membentuk bahasa visual fotografi.

Namun, perkembangan seni moden dan pascamoden merevolusikan cara fotografi dipersembahkan, membuka ruang kepada eksperimen lintas medium antara fotografi, lukisan dan seni cetak.

Satu pendekatan yang semakin mendapat perhatian ialah penggunaan cetakan lino atau linocut dalam konteks fotografi cetakan.

Cetakan lino adalah teknik cetakan timbul yang menggunakan kepingan lino yang diukir, disapu warna dan dipindahkan ke atas kertas.

Teknik ini terkenal dengan sifatnya yang berani, grafik dan bertekstur, sekaligus memberi kontras yang kuat berbanding sifat realistik fotografi konvensional.

Dalam sejarah seni, teknik linocut diperkaya oleh tokoh-tokoh besar seperti Pablo Picasso dan Henri Matisse yang meneroka potensi ekspresif cetakan, serta Edward Bawden dan seniman Grosvenor School seperti Sybil Andrews dan Claude Flight yang memperkenalkan cetakan berwarna pelbagai lapisan.

Pendekatan ini turut diterokai oleh Hanan Amani Binti Muhamad Hajrul Adha, pelajar tahun dua Jabatan Seni Halus, melalui karya berasaskan fotografi di pasar raya sebagai subjek awal.

Imej yang dirakam kemudian dilukis semula dan dianalisis dari segi penggunaan warna sejuk dan panas, dengan penekanan kepada pengelasan warna bagi memperjelas bentuk dan struktur visual.

Imej tersebut dipindahkan ke atas papan lino untuk diukir, satu proses yang menuntut ketelitian tinggi kerana sifat material lino yang lembut dan mudah rosak. Kebersihan menjadi aspek penting bagi memastikan hasil cetakan berkualiti.

Proses sapuan dan ‘roll’ warna dilakukan menggunakan sembilan lapisan warna, sebelum dipindahkan ke atas kertas secara berperingkat.

Setiap lapisan memerlukan pengeringan sempurna sebelum warna seterusnya diaplikasikan.

MOHD Radzuan Mohd Rafee ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fotografi Dan Pengimejan Kreatif, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×