Rakyat Malaysia terlibat sindiket edar ‘rokok zombie’

Rakyat Malaysia terlibat sindiket edar ‘rokok zombie’

RAKYAT Malaysia berusia 51 tahun ditahan bersama lelaki warga tempatan setelah disyaki terbabit dalam sindiket menyedia dan mengedar ‘Rokok Zombie’ di Hat Yai, Thailand. – IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAT YAI (THAILAND): Pihak ber­kuasa Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia dan warga tempatan selepas disyaki terbabit dalam sindiket menghasilkan ‘Pod K’ atau ‘rokok zombie’ yang mengandungi anestetik dalam serbuan di sini, semalam.

Rakyat Malaysia berusia 51 tahun itu ditahan dalam operasi polis di sebuah rumah di Soi 4, Jalan Suphasan Rangsan, di sini kira-kira pukul 10.30 malam.

Ketua Bahagian Perlindungan Pengguna Polis Hat Yai, Leftenan Kolonel Anan Buakaew berkata, operasi bersama Polis Peronda Sempadan 437 dijalankan di dua lokasi setelah pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran ‘rokok zombie’ di sekitar bandar itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sepasukan anggota polis diketuai Timbalan Komander Unit Polis Peronda Sempadan 437, Leftenan Kolonel Suthep Chukaew menahan dan memeriksa sebuah kereta di Jalan Ratthanakarn berhampiran Plaza Fresh Market di pusat bandar Hat Yai.

“Pemeriksaan menemukan kartrij rokok elektronik pakai buang yang mengandungi ethomedate, sejenis anestetik perubatan yang dicampur secara haram ke dalam cecair rokok elektronik untuk menghasilkan ‘rokok zombie’.

“Rokok itu ditemukan dalam empat beg plastik yang setiap satu mengandungi 100 pod. Lelaki terbabit sedang menunggu untuk menyerahkan rokok berkenaan kepada pelanggannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap lelaki tersebut, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Jalan Suphasan Rangsan sebelum menahan rakyat Malaysia terbabit.

Anan berkata, siasatan dan pemeriksaan di sebuah bilik di rumah itu menemukan pelbagai peralatan yang digunakan untuk menghasilkan ‘rokok zombie’ termasuk lebih 180 pod pakai buang tanpa cecair dan enam botol pekatan cecair serta empat telefon bimbit.

“Ketika disoal siasat, suspek mengaku dia mempunyai rakan subahat yang juga rakyat Malaysia yang membekalkan dadah, bahan kimia dan semua peralatan yang digunakan untuk menghasilkan rokok itu.

“Dia juga mengaku menyuntik cecair rokok elektronik ke dalam pod dan mendakwa dibayar 10 baht (RM1.21) bagi setiap pod,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini