Angkasa yakin koperasi sekolah mampu capai perolehan RM500 juta

Angkasa yakin koperasi sekolah mampu capai perolehan RM500 juta

angkasa
Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk dua dari kiri) dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Pkharuddin Haji Ghazali (duduk tengah) bergambar bersama peserta Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Negeri Selangor Bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di Wisma Ungku A. Aziz, Petaling Jaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin gerakan koperasi sekolah mampu untuk mencapai perolehan RM500 juta pada tahun ini berikutan landskap ekonomi yang telah memulih dari pandemik COVID-19.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden Angkasa merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika ditemui petugas media semasa Majlis Perasmian Penutupan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Negeri Selangor Bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di Wisma Ungku A. Aziz.

Majlis tersebut yang disempurnakan perasmian penutupannya oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali menyaksikan kehadiran kira-kira 200 kepimpinan koperasi sekolah dari seluruh negeri Selangor antara lain bagi berkongsi idea dan pengalaman berkaitan pentadbiran, pengurusan dan perniagaan serta mengenal pasti peluang perniagaan yang disediakan Angkasa untuk diceburi oleh koperasi sekolah.

Sehingga Disember 2022 terdapat 2,481 koperasi sekolah yang berdaftar dengan keanggotaan berjumlah dua (2) juta orang. Berdasarkan data, gerakan koperasi sekolah juga, mempunyai modal saham dan yuran terkumpul sebanyak RM29.9 juta, dengan aset
berjumlah RM439.02 juta serta perolehannya mencecah RM298.76 juta.

Jelas Presiden Angkasa, pencapaian tersebut merupakan petanda jelas bahawa usaha ANGKASA bersama pemegang taruh yang lain untuk menyemai benih keusahawanan seawal usia persekolahan telah mula menampakkan hasil.

“Usaha ini adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu,” katanya.

Sehingga hari ini telah ada 22 buah koperasi sekolah yang telah mencapai perolehan RM1 juta dan pada masa terdekat ini akan bertambah sekurang – kurangnya yang perolehannya telah mencecah lebih RM900,000.

“Fokus koperasi sekolah bukan sahaja dari segi sumbangan perolehan, tetapi juga kepada penjanaan modal insan yang mampu berdikari, mempunyai ciri usahawanan dan kepimpinan tinggi serta mampu mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat selari dengan prinsip yang diamalkan oleh gerakan koperasi. Inilah antara perkara penting yang diterapkan dalam diri para pelajar agar mereka dapat menjadi pemimpin koperasi berwibawa pada masa akan datang,” kata Abdul Fatah.

Angkasa yakin melalui koperasi sekolah, para pelajar akan diasah bakat mereka bukan sahaja dari segi kepimpinan dan keterampilan, malah mampu menyediakan platform pelapis keusahawanan sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia Negara  keusahawanan Unggul menjelang 2030 seperti yang terkandung dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2023 (DKN2030). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN