Perkasa produk koperasi kepada masyarakat

Perkasa produk koperasi kepada masyarakat

SEKTOR koperasi merupakan sektor ketiga penyumbang kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan sektor swasta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEHINGGA Disember 2025, sektor koperasi negara telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan apabila data menunjukkan sebanyak 16,468 koperasi telah didaftarkan dengan 7.3 juta anggota koperasi di seluruh Malaysia.

Sektor ini juga merekodkan jumlah aset sebanyak RM186.75 bilion serta perolehan mencecah RM81.62 bilion.

Jelas menunjukkan bahawa sektor koperasi merupakan sektor ketiga penyumbang kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan sektor swasta.

Saban tahun, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menganjurkan Hari Koperasi Negara sebagai platform utama memperkukuh dan mempromosikan gerakan koperasi di Malaysia.

Tahun ini, Hari Koperasi Negara 2026 diadakan di Pulau Pinang bertemakan “Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara Madani” yang berlangsung dari 3 hingga 5 Julai. Pemilihan bulan Julai adalah simbolik kepada sambutan Hari

Koperasi di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh International Cooperative Alliance (ICA) bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk pameran, jualan, sesi perkongsian ilmu serta aktiviti komuniti.

Sebanyak 150 reruai mengambil bahagian dalam program ini yang melibatkan pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan, teknologi, pelancongan, makanan dan keusahawanan.

Antara tarikan utama Hari Koperasi Negara 2026 ialah Jualan Madani Koperasi (JMK) yang menawarkan barangan keperluan harian serta produk koperasi pada harga lebih rendah dengan penjimatan sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran.

Turut disediakan reruai Jom Masuk Universiti, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kecerdasan buatan (AI) serta MYFutureJobs yang menyediakan maklumat berkaitan pendidikan, latihan kemahiran dan peluang kerjaya kepada pengunjung.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran pempengaruh media sosial terkenal seperti Makkiah Ferry, “Abang Crime” Faizal Murad dan Azlan The Proton-Type yang menarik minat pengunjung khususnya golongan muda.

Tidak ketinggalan, persembahan istimewa oleh kumpulan nasyid terkenal Saujana juga memeriahkan lagi suasana Hari Koperasi.

Coop Fun Walk 2026 turut diadakan sebagai aktiviti gaya hidup sihat yang menggalakkan penyertaan komuniti secara menyeluruh dalam suasana santai dan mesra keluarga. – UTUSAN

AFNAN HASIM
Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN