Angkasa perkukuh pelancongan koperasi Asia Pasifik - Utusan Malaysia

Angkasa perkukuh pelancongan koperasi Asia Pasifik

ABDUL Fattah Abdullah (dua kanan) dan Amizar Abu Adam (lima dari kanan) bersama peserta delegasi dari tujuh negara di SMK Temin di Jerantut, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memperkukuh kerjasama pelancongan koperasi di rantau Asia Pasifik menerusi penganjuran International Cooperative Alliance-Asia Pacific (ICA-AP) Regional Immersion Programme on Cooperative Tourism yang menghimpunkan 25 delegasi dari tujuh negara.

Program lima hari yang berakhir hari ini itu disertai delegasi dari Filipina, India, Indonesia, Jepun, Kemboja, Palestin dan Vietnam bagi meneroka potensi pelancongan koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti.

Presiden Angkasa merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan Pengerusi ICA-AP Trade and Business Committee, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pelancongan koperasi bukan sekadar menawarkan pengalaman pelancongan, malah membuka ruang kepada koperasi memperluaskan rangkaian perniagaan, mempromosikan produk tempatan serta memperkukuh kerjasama Cooperative-to-Cooperative (C2C) di rantau Asia Pasifik.

Menurutnya, pelancongan koperasi mampu menjadi platform strategik yang menghubungkan koperasi rentas sempadan menerusi pembangunan pakej pelancongan bersama, pemasaran produk tempatan dan perkongsian kepakaran, sekali gus mewujudkan manfaat ekonomi lebih mampan kepada komuniti.

“Kerjasama erat antara ICA-AP Trade and Business Committee dan Committee on Cooperatives in Educational Institutions (ICEI) membuktikan bahawa gabungan elemen pendidikan, pembangunan perniagaan dan perkongsian ilmu mampu melahirkan ekosistem koperasi yang lebih inovatif, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan.

“Kita berharap hubungan yang terjalin sepanjang program  ini diterjemahkan kepada kerjasama perniagaan, pertukaran pengetahuan dan pembangunan produk pelancongan koperasi yang memberi manfaat kepada seluruh rantau Asia Pasifik,” katanya selepas majlis perasmian ICA-AP Regional Immersion Programme on Cooperative Tourism di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam berkata, penganjuran program itu selaras dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), selain memperkukuh pembangunan pelancongan mampan berasaskan komuniti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN