Sejarah konflik, peka dengan pendirian asas rundingan dialog damai

Sejarah konflik, peka dengan pendirian asas rundingan dialog damai

SYED HAMID ALBAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemahaman terhadap sejarah konflik dan kepekaan terhadap pendirian serta kepentingan setiap pihak perlu menjadi asas dalam merangka pendekatan rundingan bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Malaysia dilihat mampu memainkan peranan sebagai pemudah cara melalui pendekatan diplomasi, dialog dan rundingan, dengan memastikan proses yang dijalankan mendapat kepercayaan pihak terlibat.

Malah katanya, peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam usaha meredakan konflik di Selatan Thailand dilihat sebagai langkah positif yang mengiktiraf kemampuan negara di peringkat antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Individu yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab itu perlu mendapat kepercayaan dan penerimaan kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik berkenaan.

“Ia penting bagi memastikan proses rundingan dapat dilaksanakan dengan berkesan, selain membuka ruang kepada penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal, dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, menggantikan Datuk Mohd. Rabin Basir.

Ahmad Norihan memiliki pengalaman lebih 33 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kepakaran dalam perisikan strategik, risikan pertahanan, analisis keselamatan, dan pengurusan operasi pada peringkat nasional serta antarabangsa.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, konflik berkenaan juga bukan perkara baharu, sebaliknya mempunyai sejarah dan latar belakang tersendiri yang perlu difahami secara menyeluruh sebelum sebarang usaha penyelesaian dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini