PETALING JAYA: Nasib lima kru kapal MV Berkat Tuah termasuk empat rakyat Malaysia yang terkandas di Teluk Parsi sejak lebih sembilan bulan lalu terus menjadi tanda tanya apabila mesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian bersama syarikat berkaitan berakhir tanpa sebarang keputusan muktamad. Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah berkata, syarikat terlibat sedang menghadapi kesukaran kewangan dan masih berusaha mendapatkan sumber dana bagi membolehkan proses pertukaran…









