Oman selamat 16 kru kapal tangki Arab Saudi diserang Iran - Utusan Malaysia

Oman selamat 16 kru kapal tangki Arab Saudi diserang Iran

OMAN menyelamatkan 16 kru kapal Arab Saudi di Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUSCAT: Tentera laut Oman pada Isnin mendedahkan bahawa pihaknya telah menyelamatkan 16 anggota kru daripada sebuah kapal tangki minyak berbendera Arab Saudi yang diserang Iran seminggu lalu di Selat Hormuz.

“Sebahagian kapal Tentera Laut Diraja Oman memberikan sokongan logistik kepada 25 anggota kru kapal tangki itu dan memindahkan 16 daripada mereka, selain memastikan rawatan perubatan yang diperlukan diberikan,” menurut Pusat Keselamatan Maritim Oman dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu tidak menjelaskan keadaan semua anggota kru.

Namun, ia mengesahkan dua anak kapal di atas kapal berkenaan, SIDR, terbunuh dalam kejadian tersebut.

Syarikat perkapalan nasional Arab Saudi berkata pada Rabu bahawa dua pelaut warga Filipina terbunuh apabila kapal tangki itu diserang di Selat Hormuz ketika keganasan baharu tercetus antara Amerika Syarikat (AS)  dan Iran pada awal minggu berkenaan.

Selepas enam bulan berperang, kedua-dua pihak masih menemui jalan buntu, dengan Iran mengganggu lalu lintas perkapalan di Selat Hormuz yang strategik, manakala AS meneruskan sekatan balas terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×