Thailand lancar enam langkah bendung pencemaran arsenik

Thailand lancar enam langkah bendung pencemaran arsenik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand menggariskan enam langkah segera bagi menangani pencemaran arsenik di hulu Sungai Kok dan Sai di utara negara itu, menjelang pertemuan dengan wakil Myanmar dan China Selasa ini.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Yodchanan Wongsawat mengumumkan pertemuan itu ketika membentangkan langkah bagi melindungi bekalan air dan kawasan pertanian di hilir sungai berkenaan.

Thailand mahu ketiga-tiga negara mengenal pasti lokasi bahan pencemar memasuki sungai, mengukur tahap pencemaran serta mencapai persetujuan mengenai langkah menghentikannya dari punca.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yodchanan berkata, pegawai kanan Myanmar memberikan maklum balas positif ketika beliau membangkitkan isu itu pada sidang kemuncak ASEAN di Filipina.

Beliau turut menerima maklum balas positif daripada Presiden China, Xi Jinping ketika mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di China.

Jawatankuasa Thailand bagi pencegahan dan tindak balas bencana di wilayah utara bersetuju melaksanakan enam langkah berkenaan.

Antara usaha yang sedang dijalankan termasuk menyalurkan bekalan air kepada penduduk serta mengambil sampel tanah pertanian, manakala percubaan memerangkap mendapan tercemar turut dirancang sebagai langkah seterusnya.

Yodchanan berkata, Universiti Mae Fah Luang dan rakan penyelidik dari China akan bekerjasama membangunkan sebuah makmal yang menggunakan piawaian ujian sama seperti di China, supaya kedua-dua pihak dapat menggunakan hasil analisis itu dalam rundingan.

Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Institut Penyelidikan Cahaya Sinkrotron dan Jabatan Perkhidmatan Sains turut memasang sistem penapisan di komuniti berisiko di wilayah Chiang Rai dan Chiang Mai, termasuk daerah Fang dan Mae Ai di Chiang Mai.

Jabatan Pengairan Diraja memperuntukkan 22.5 juta meter padu air di tiga takungan. Lebih 100,000 liter air paip bersih sudah diagihkan kepada penduduk 

Kerajaan turut merancang membangunkan platform dalam talian bagi membolehkan petani dan penduduk mengikuti keputusan ujian kualiti air serta perkembangan keadaan tanah pertanian.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini