Usul gantung enam bulan ‘double jeopardy’ -Takiyuddin

Usul gantung enam bulan ‘double jeopardy’ -Takiyuddin

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa usul penggantungan enam bulan terhadapnya sebagai bertindih dan double jeopardy serta melangkaui usul yang pernah dikemukakan kepadanya sebelum ini

Beliau yang juga Ketua Whip Pembangkang berkata, oleh itu usul Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak sah di sisi undang-undang.

Beliau juga mendakwa prosedur untuk membawanya ke jawatankuasa susulan usul pertama yang pernah dikemukakan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) sebelum ini belum lagi selesai dengan beliau masih tidak dipanggil untuk menghadiri sebarang prosiding.

“Sehari selepas perbahasan tersebut, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat, dilaporkan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul Ghani bagi merujukkan isu berkaitan kenyataan yang dibuat semasa perbahasan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Setelah menerima surat itu, Johari memberi salinan kepada beliau dan meminta penjelasan bertulis. Jawapan dan lampiran sebanyak enam muka surat telah dihantar pada 2 Disember 2025,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Takiyuddin, sepatutnya Speaker meneliti terlebih dahulu sama ada aduan yang dibawa
Suhaizan mempunyai asas sebelum membawanya ke jawatankuasa.

Namun katanya, sebaliknya berlaku apabila Speaker menghantar surat baharu kepada Suhaizan dan Menteri Dalam Negeri untuk memberikan jawapan terhadap penjelasanNYA.

“Ini sepatutnya diuruskan mengikut Peraturan 36.12, iaitu prosedur merujukkan seorang ahli Parlimen kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Namun, kes itu masih belum selesai dan saya belum dipanggil atau dilepaskan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini Saifuddin Nasution mencadangkan usul untuk menggantung Takiyuddin daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan atas kenyataan yang mengaitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan peristiwa Memali.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin Nasution meminta Dewan memutuskan sama ada Takiyuddin patut digantung atas kenyataan yang dibuat semasa perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat dasar pada 22 Oktober lalu.

Dalam pada itu Takiyuddin berkata, beliau sudah mematuhi syarat ditetapkan Speaker Dewan Rakyat sebaik dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya bahas pada 22 Oktober lalu. Sehari selepas itu, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat telah menghantar satu surat kepada Speaker untuk merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berkaitan kenyataan saya sewaktu perbahasan RUU (Perbekalan 2026) itu.

“Bila Speaker menerima surat, usul ini, dia telah menghantar kepada saya satu salinan minta saya masukkan jawapan-jawapan saya, penjelasan saya.

“Maka saya dalam sebanyak enam muka surat dan lampirannya telah hantar kepada Speaker beberapa hari selepas itu. Saya jawab dalam tempoh ditetapkan.

“Apabila Speaker menerima jawapan saya dia kena meneliti adakan kes yang dibawa oleh Pulai ini berasas atau tidak. Kalau ada asas, hadapkan saya ke jawatankuasa berkenaan yang Speaker sendiri jadi pengerusi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN