PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mendahului pengiraan undi tentera bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dengan majoriti sebanyak 2,031 undi selepas tiga saluran selesai dikira setakat ini.
Berdasarkan keputusan sementara itu, calon BN Sungai Undang, Datuk Rais Yasin memperoleh 2,831 undi, jauh meninggalkan pencabarnya Mejar (B) Abdullah Mahadi mewakili Bersatu dengan 114 undi manakala calon Bersama, Mohd. Ridzuan Abdul Rahman dengan 43 undi.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan berkenaan menunjukkan perkembangan positif buat BN dalam pengiraan undi tentera di kawasan berkenaan.
“Pengiraan undi tentera di Dun Sungai Udang baru tiga saluran, BN mendahului majoriti 2,031 undi,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya sebentar tadi.
Undi tentera di DUN Sungai Udang menjadi perhatian kerana menempatkan Kem Terendak dan Kem Sungai Udang.
Pengiraan undi bagi saluran seterusnya dijangka menentukan kedudukan akhir undi tentera di DUN Sungai Udang. – UTUSAN











