63 Palapes Unimap tamat latihan, terima pentauliahan Leftenan Muda - Utusan Malaysia

63 Palapes Unimap tamat latihan, terima pentauliahan Leftenan Muda

PEGAWAI Kadet Palapes Unimap meraikan pentauliahan sebagai Leftenan Muda pada Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UA Ke-43 di UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seramai 63 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menamatkan latihan selama tiga tahun dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kesemua mereka merupakan sebahagian daripada 1,927 Pegawai Kadet Palapes daripada 20 Universiti Awam (UA) diraikan dalam Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes UA Ke-43 berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor baru-baru ini.

Majlis penuh istiadat itu telah disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis itu adalah Naib Canselor Unimap, merangkap Komandan Palapes Unimap, Leftenan Kolonel Datuk Prof Dr. Zaliman Sauli dan diiringi Timbalan Komandan Palapes Unimap, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir.

Zaliman berkata, pada istiadat kali ini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Unimap, Pegawai Rendah Muda Muhammad Irsham Mohd Zulkifli telah dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Palapes Darat Unimap.

“Pengiktirafan berkenaan sekali gus menobatkannya sebagai contoh kepimpinan dan ketahanan diri yang wajar dicontohi rakan seperjuangan. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga turut mempunyai rekod cemerlang sepanjang penglibatannya dalam Palapes,” katanya.

Sebagai rekod, Unimap bakal menjadi tuan rumah bagi Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes UA Ke-44 yang akan diadakan di Kampus Alam Unimap Pauh Putra tahun depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN