Trump tarik balik perlindungan Perkhidmatan Rahsia Kamala Harris

Trump tarik balik perlindungan Perkhidmatan Rahsia Kamala Harris

DONALD TRUMP dan KAMALA HARRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan perlindungan Perkhidmatan Rahsia untuk Kamala Harris, dalam langkah paling ketara terhadap pesaing politiknya.

Perlindungan khas bagi bekas naib presiden biasanya diberikan selama enam bulan selepas meninggalkan jawatan, tempoh yang sepatutnya tamat pada 21 Julai untuk Harris.

Namun, bekas Presiden Joe Biden melanjutkan perlindungan itu selama setahun melalui arahan yang sebelum ini tidak didedahkan, dan kini dibatalkan Trump, menurut seorang pegawai kanan Rumah Putih.

Pejabat Harris mengesakan keputusan itu.

“Naib Presiden berterima kasih kepada Perkhidmatan Rahsia atas profesionalisme, dedikasi dan komitmen mereka terhadap keselamatan,” kata penasihat kanannya, Kirsten Harris.

Harris, 60, dijadual memulakan jelajah musim luruh bagi mempromosikan buku mengenai percubaan presidennya yang tidak berjaya.

Jelajah itu memaksanya kerap muncul di khalayak ramai.

Memoir, bertajuk ‘107 Days’ dan diterbitkan oleh Simon & Schuster, akan dipasarkan pada 23 September di AS.

Buku itu memberikan pandangan mendalam mengenai tempoh singkat Harris menentang Trump dalam pilihan raya lalu.

Langkah membatalkan perlindungan Perkhidmatan Rahsia dibuat walaupun pentadbiran Trump sebelum ini menekankan kepentingan keselamatan untuk pegawai semasa, susulan percubaan membunuh ke atas Presiden AS itu pada Julai 2024 di Pennsylvania.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN