Penerbangan Istanbul-Aleppo kembali beroperasi selepas 13 tahun

Penerbangan Istanbul-Aleppo kembali beroperasi selepas 13 tahun

ALEPPO, SYRIA - AUGUST 1: Turkish Airlines (THY) resumes its flights to Aleppo, Syria, on August 1, 2025, after a 13-year suspension due to the outbreak of civil war in April 2012. The first flight departed from Istanbul Airport at 08:10 a.m. with 145 passengers on board under the flight number TK844. The aircraft landed at Aleppo International Airport at 10:10 a.m., signaling a historic restart of air travel between Turkiye and Syria. ( Murat Şengül - Anadolu Agency )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Penerbangan penumpang berjadual antara Istanbul dan Aleppo, Syria, kembali beroperasi semalam, selepas terhenti selama 13 tahun susulan konflik yang melanda negara itu.

Menteri Pengangkutan Turkiye, Abdulkadir Uraloglu memaklumkan, syarikat penerbangan kebangsaan, Turkish Airlines, kini menawarkan penerbangan tiga kali seminggu di laluan Istanbul–Aleppo, iaitu pada setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad.

“Turkish Airlines akan meningkatkan kekerapan kepada lima kali seminggu bermula 15 Ogos ini, dan setiap hari bermula 1 September,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, syarikat penerbangan tambang rendah, AJet, juga akan melaksanakan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Sabiha Gokcen, Istanbul ke Aleppo bermula Sabtu ini.

“Kami akan mengendalikan penerbangan harian bagi laluan Sabiha Gokcen–Aleppo bermula 4 Ogos,” jelas Uraloglu.

Langkah menyambung semula penerbangan ke Aleppo ini menyusuli pembukaan semula laluan ke Damsyik sejak Januari lalu, menjadikan Aleppo sebagai destinasi kedua Turkish Airlines di Syria setakat ini.

Menurut Turkish Airlines, tambang penerbangan bagi laluan Istanbul–Aleppo–Istanbul ditawarkan bermula AS$299 (RM1,400) bagi tiket yang dibeli mulai 25 Julai lalu.

Harga tersebut adalah tertakluk kepada pembelian menerusi laman web rasmi Turkish Airlines dan mungkin berbeza sekiranya dibeli melalui ejen pelancongan atau pejabat jualan lain.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×