Malaysia perjuang penyelesaian komprehensif, kekal isu Myanmar

Malaysia perjuang penyelesaian komprehensif, kekal isu Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan terus memperjuangkan penyelesaian yang komprehensif dan berkekalan bagi krisis kemanusiaan di Myanmar.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan berkata, pihaknya menghormati keputusan penghakiman disampaikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide.

Katanya, Malaysia menegaskan semula komitmen untuk menjunjung undang-undang antarabangsa, termasuk tanggungjawabnya sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Genosid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil dapatan ICJ adalah selaras dengan pendirian Malaysia dalam melindungi semua golongan rentan yang terdedah kepada ancaman.

“Malaysia akan terus memperjuangkan penyelesaian yang komprehensif dan berkekalan bagi krisis yang berlarutan ini.

“Ia termasuk dengan secara aktif melibatkan semua pihak berkaitan untuk melaksanakan langkah-langkah konkrit bagi meringankan penderitaan komuniti Rohingya yang berlindung di negara ini,” katanya hari ini.

Wisma Putra juga memaklumkan Malaysia akan mengadakan libat urus dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), ASEAN dan pemegang taruh lain dalam perkara berbangkit dalam penghakiman dibuat oleh ICJ.

Kes berkenaan dibawa ke ICJ oleh Gambia pada November 2019 atas dakwaan Myanmar melanggar Konvensyen Genosid ketika operasi ketenteraan terhadap etnik Rohingya di Negeri Rakhine pada 2017, yang memaksa ratusan ribu penduduk melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh.

Pada 19 November lalu, ICJ memutuskan Myanmar melakukan genosid terhadap etnik Rohingya di utara Negeri Rakhine, sekali gus melanggar kewajibannya di bawah konvensyen berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini