Mahkamah rayuan AS putuskan tarif global Trump tidak sah

Mahkamah rayuan AS putuskan tarif global Trump tidak sah

DONALD Trump menunjukkan carta mengenai tarif timbal balik dalam acara 'Make America Wealthy Again' di Rose Garden, Rumah Putih, di Washington, DC, pada 2 April lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) memutuskan sebahagian besar tarif Presiden Donald Trump yang menggugat perdagangan global sebagai menyalahi undang-undang, namun membenarkannya kekal buat sementara waktu, memberinya masa untuk dibawa ke Mahkamah Agung.

Keputusan 7-4 oleh Mahkamah Rayuan Persekutuan mengesahkan keputusan mahkamah rendah berhubung Trump melampaui kuasanya dalam memanfaatkan kuasa ekonomi kecemasan untuk mengenakan duti berskala besar.

Namun, hakim membenarkan tarif itu kekal sehingga pertengahan Oktober, dan Trump segera menyatakan hasrat untuk menggunakan tempoh tersebut bagi dibawa ke Mahkamah Agung AS.

“Mahkamah rayuan secara salah mengatakan tarif kita patut dibatalkan, tetapi mereka tahu AS akan menang akhirnya,” kata Trump dalam kenyataan di platform Truth Social, mengecam keputusan tersebut.

Keputusan itu memberi tamparan kepada presiden yang menggunakan tarif sebagai alat dasar ekonomi, serta menimbulkan keraguan terhadap perjanjian perdagangan dengan rakan utama seperti Kesatuan Eropah (EU).

Ia juga mencetuskan persoalan mengenai nasib berbilion dolar yang dikutip AS sejak tarif itu dikuatkuasakan sekiranya Mahkamah Agung yang dikuasai konservatif tidak memihak kepada beliau.

Keputusan pada Jumaat itu bagaimanapun tidak melibatkan tarif khusus sektor yang turut dikenakan oleh pentabiran Trump ke atas import besi, aluminium, kereta dan barangan lain.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN