21 lagi kanak-kanak mati kelaparan di Gaza

21 lagi kanak-kanak mati kelaparan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Ketua hospital terbesar di Gaza mengesahkan seramai 21 kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan kebuluran dalam tempoh tiga hari lalu, di tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing serta operasi ketenteraan Israel yang berterusan.

“Sebanyak 21 kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan kebuluran di pelbagai kawasan di Gaza,” kata Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Dr Mohammed Abu Salmiya.

Menurut doktor di Gaza, seramai 15 orang maut akibat kebuluran dalam tempoh 24 jam yang lalu, termasuk bayi berusia enam minggu, Yousef.

Gambar tubuhnya yang lemah dan kurus kering di atas meja hospital di bandar Gaza mengundang rasa pilu.

“Susu formula langsung tidak dapat diperoleh,” kata bapa saudaranya, sambil menambah bahawa satu bekas susu formula, jika ada, mencecah harga sehingga US$100 (RM422).

Tiga lagi kanak-kanak, termasuk seorang remaja berusia 13 tahun di Khan Younis turut disahkan meninggal dunia akibat kelaparan, menurut petugas perubatan tempatan.

Sekurang-kurangnya 101 orang maut akibat kebuluran sepanjang konflik ini, termasuk 80 kanak-kanak kebanyakannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Jurucakap tentera Israel, Nadav Shoshani dalam satu hantaran di media sosial pada Selasa menyatakan bahawa 950 trak bantuan kini menunggu di Gaza untuk diambil dan diagihkan oleh pertubuhan antarabangsa.

Beliau berkata, Israel memudahkan kemasukan bantuan tersebut.

Israel menegaskan, penghantaran bantuan adalah penting dan menyalahkan Hamas kerana didakwa mencuri bekalan tersebut.

Bagaimanapun, Hamas menafikan dakwaan itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN