Mahkamah tolak permintaan tangguh keterangan Netanyahu

Mahkamah tolak permintaan tangguh keterangan Netanyahu

PENUNJUK perasaan membawa plakad mengutuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam perhimpunan semasa perbicaraan rasuahnya di Mahkamah Daerah di Tel Aviv.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Mahkamah Israel menolak permohonan saat-saat akhir oleh 12 menteri Kabinet untuk menangguhkan keterangan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dalam perbicaraan kes rasuahnya, semalam.

Netanyahu memberi keterangan di Mahkamah Daerah Tel Aviv pada Selasa, untuk membela diri terhadap tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah.

Sehari sebelum perbicaraan, anggota Kabinet Netanyahu termasuk Menteri Kewangan sayap kanan, Bezalel Smotrich menghantar surat kepada Peguam Negara, Gali Baharav-Miara meminta penangguhan itu.

Mereka konon merujuk kepada situasi keselamatan luar biasa yang sedang berlaku, khususnya kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad pada Ahad lalu.

Surat itu mendakwa, kehadiran Netanyahu di mahkamah akan membahayakan kepentingan nasional Israel.

Saluran 14 Israel melaporkan, mahkamah bagaimanapun menolak permohonan mereka.

Bulan lalu, mahkamah juga menolak permintaan awal untuk menangguhkan keterangan Netanyahu selama 10 minggu kerana kesibukannya dengan peperangan di Gaza dan Lubnan.

Menurut keputusan mahkamah, Netanyahu akan memberikan keterangan tiga kali seminggu.

Berkuasa sejak 2009, Netanyahu adalah pemimpin paling lama berkhidmat dalam sejarah Israel dan perdana menteri pertama yang masih memerintah menghadapi tuduhan jenayah.

Selain tuduhan rasuah dan pecah amanah, Netanyahu juga berdepan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana jenayah perang dan kemanusiaan di Gaza.– ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN