Tiga pegawai TUDM didakwa edar 96.2kg dadah

Tiga pegawai TUDM didakwa edar 96.2kg dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga orang awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan edar 96.2 kilogram (kg) dadah, minggu lalu.

Tertuduh, Amir Ariffudin Aminullah, 33; Muhammad Arief Fauzan Mohd. Ali, 27; Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34; Tan Sui Seng, 48; Nur Hanis Syafiqah, 28, dan Afifah Amdas, 34 mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 96.2 kg di foyer ketibaan, Pangkalan Udara Subang, 17 November lalu.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini