Masih terlalu awal nilai potensi kerjasama BN-PN hadapi PRU-16 - Utusan Malaysia

Masih terlalu awal nilai potensi kerjasama BN-PN hadapi PRU-16

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Parti komponen utama Barisan Nasional (BN) iaitu MIC memaklumkan masih terlalu awal untuk menilai potensi kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) secara tetap bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Menurut Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan, walaupun kerjasama bukan bersifat mengikat itu ternyata membuahkan kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka namun tidak boleh ditafsirkan ianya berterusan sehingga PRU-16.

“Masih terlalu awal kerjasama ini akan berterusan sehingga PRU-16,” katanya ringkas pada Majlis Apresiasi Murid 2026 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Khir Johari, Tapah Road malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerjasama BN dan PN pada dua pilihan raya negeri itu membolehkan menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan negeri.

MIC pada PRN Melaka baru-baru ini turut mempertahankan kerusi DUN Gadek menerusi calon S. Nadarajah dengan majoriti 3,514 undi.

Dalam pada itu, Saravanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Tapah berkata, melalui pelbagai intensif kerajaan, ramai pelajar sekolah rendah kaum India yang kini bukan sekadar menguasai pelbagai bahasa dengan baik tetapi cemerlang dalam pendidikan dan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Jelasnya, ramai murid-murid SJKT Tamil di negara ini menjadi juara dalam pertandingan robotik dan teknologi peringkat tempatan dan antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini