Rapuh hati mandikan jenazah ayah sendiri – Kmy Kmo - Utusan Malaysia

Rapuh hati mandikan jenazah ayah sendiri – Kmy Kmo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Kmy Kmo menyifatkan pengalaman memandikan jenazah bapanya sendiri sebagai detik paling meruntun jiwa dan menguji kerapuhan hati seorang anak.

Kmy Kmo atau nama penuhnya Lukmanul Hakim meluahkan hanya mereka yang pernah melalui pengalaman tersebut memahami betapa beratnya perasaan ketika diberikan peluang terakhir untuk menyentuh jasad insan yang membesarkan mereka.

“Yang pernah memandikan jenazah ayahnya sendiri sahaja faham betapa rapuhnya hati dan jiwa apabila sampai saat diberi peluang terakhir oleh Allah untuk kita memandikan dan memegang setiap anggota badannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota badan yang pernah mendukung, memegang dan memeluk kita sejak masih merangkak dan menyusu sehingga kita memberikan mereka cucu,” kongsinya menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam luahan tersebut, Kmy turut mengenang pengorbanan dan kasih sayang bapanya yang tidak pernah putus sejak dia kecil sehingga mempunyai keluarga sendiri.

Penyanyi lagu Zuhud itu turut menyifatkan pemergian bapanya sebagai ketentuan Ilahi selepas segala doa dan impian Allahyarham dimakbulkan.

“Apabila segala doa mereka dimakbulkan, ketika itulah ayah sudah pun berserah dan bersedia atas segala ketentuan Ilahi kerana segala apa yang diminta oleh beliau sudah pun mengubati hatinya,” katanya.

Pada 24 Oktober lalu, Kmy memberitahu di Threads bahawa bapanya, Mohamed Azmaili Ismail telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang pada 2.38 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini