SPRM tahan peniaga barang lusuh 

SPRM tahan peniaga barang lusuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemilik perniagaan barangan lusuh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat kerana disyaki memberi rasuah kepada penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut sumber, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Difahamkan, suspek memberi rasuah sebanyak RM8,000 kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan kerana menjalankan aktiviti mengumpul barangan lusuh tanpa permit.

Terdahulu, premis perniagaan suspek telah diberikan Notis Menghendaki Kacauganggu Dihapuskan (No. 00575) Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×