Dua perangkap harimau dipasang, penduduk waspada

Dua perangkap harimau dipasang, penduduk waspada

ANGGOTA Perhilitan bersama penduduk memasang perangkap bagi menangkap harimau di kawasan Bukit Pacat, Kuala Krai, Kelantan. – IHSAN PENDUDUK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang dua perangkap bagi menangkap harimau belang yang ‘menghantui’ lebih 500 penduduk di empat buah kampung iaitu Nara, Gajah Mati, Bukit Pacat dan Slow Temiang di Mukim Sungai Mengkuang di sini, sejak Selasa lalu.

Penghulu Mukim Sungai Mengkuang, Zulkifli Sulaiman berkata, pemasangan yang turut dibantu penduduk itu me­libatkan kawasan Bukit Pacat 1 dan Slow Temiang.

“Kami letak kambing sebagai umpan. Penduduk sangat berharap ‘pak belang’ itu ditangkap dengan segera,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Minggu lalu, akhbar ini melaporkan kehadiran seekor harimau belang yang menerkam lembu peliharaan menyebabkan lebih 500 penduduk di empat kampung berkenaan diselubungi ketakutan.

Kelibat haiwan karnivor itu dise­dari seorang penoreh getah warganegara Indonesia yang mendakwa dikejar harimau ber­ke­naan semasa sedang bekerja di kawasan ladang.

Zulkifli berkata, penduduk masih kekal tidak keluar pada sebelah malam sebagai langkah berwaspada.

Katanya, ia bertujuan memastikan tahap keselamatan mereka terjamin selain mengelak terserempak dengan haiwan liar berkenaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini