Pesara kerugian RM460,000, ditipu ejen hartanah - Utusan Malaysia

Pesara kerugian RM460,000, ditipu ejen hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita yang juga pesara berputih mata selepas dia mengalami kerugian sebanyak RM460,000 setelah terpedaya dengan seorang ejen hartanah berkaitan urusan pembelian hartanah sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, semalam polis telah menerima satu aduan daripada seorang wanita tempatan berusia 57 tahun yang memaklumkan dirinya ditipu.

“Mangsa dikatakan telah berurusan dengan seorang individu berkaitan pembelian hartanah di sekitar Seremban. Dia kemudiannya telah membuat pembayaran dalam urusan tersebut dengan enam kali transaksi dan juga bayaran secara tunai dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM460,000.

“Setelah mangsa membuat pembayaran tersebut, mangsa dijanjikan dalam tempoh dua bulan segala urusan tersebut akan selesai namun setelah tempoh berakhir, mangsa menyatakan gagal menghubungi individu yang menguruskan urusan tersebut.

“Selepas menyedari dirinya tertipu, mangsa telah membuat laporan berkaitan penipuan dalam urusan pembelian hartanah di Seremban,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berikutan itu, Mohamad Hatta berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×