Rumah teres, kenderaan 4x4 musnah dalam kebakaran

Rumah teres, kenderaan 4×4 musnah dalam kebakaran

KEADAAN sebuah rumah teres dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang hangus dalam kebakaran di Taman Galena, Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah rumah teres dan sebuah kenderaan pacuan empat (4X4) roda hangus dalam kebakaran di Jalan Bukit Galena 14, Seremban 2 di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.52 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bersama bantuan BBP Seremban segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres Kelas A berkeluasan 22 x 75 kaki serta sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diparkir di dalam kawasan rumah.

“Akibat kejadian itu, kenderaan berkenaan musnah 100 peratus. Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran pada pukul 2.25 petang,” katanya dalam kenyataan.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon berkata, kejadian berkenaan turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa buah rumah di Taman Galena. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN