Suri rumah rugi RM1.5j, terpedaya individu menyamar polis - Utusan Malaysia

Suri rumah rugi RM1.5j, terpedaya individu menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang suri rumah di daerah ini mengalami kerugian kira-kira RM1.5 juta apabila terperdaya dengan penipuan panggilan telefon oleh individu menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pada 19 Januari lalu, pihaknya menerima laporan berkait modus operandi sindiket phone scam yang melibatkan kerugian sebanyak RM1,491,832.82.

Menurutnya, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali dan menyamar polis dan menyatakan mangsa adalah suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan.

Kata beliau, mangsa kemudian telah diarahkan membuat pembayaran wang ke beberapa buah akaun bank milik individu tidak dikenali.

“Orang ramai dinasihatkan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya hari ini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya