Cuba rasuah penguat kuasa JPJ, ejen ais dan penyelia kilang direman - Utusan Malaysia

Cuba rasuah penguat kuasa JPJ, ejen ais dan penyelia kilang direman

DUA lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi direman selepas disyaki menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah RM500 kepada penguatkuasa JPJ di Port Dickson semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penyelia kilang ais dan seorang lagi ejen ais direman selama tujuh hari kerana disyaki menawar dan memberikan rasuah berjumlah RM500 kepada penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri ini di Lukut, Port Dickson, semalam.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret, Fairuz Syuhada Amran selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahya di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.

Kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga 6 Februari ini bagaimanapun tidak diwakili peguam. Mereka yang masin-masing berusia sekitar 40-an dan 20-an itu telah ditahan semalam kira-kira pukul 5.30 petang dan 8.50 malam ketika hadir di Pejabat SPRM Cawangan Port Dickson.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, mereka melakukan kesalahan tersebut bagi mengelakkan pemandu lori kilang ais  yang telah ditahan oleh pegawai JPJ daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atas kesalahan tiada lesen memandu (CDL), tiada lesen vokasional (GDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya