Tenang bila Siti Nurhaliza berdiri di sebelah - Noraniza Idris

Hati tenang bila Siti Nurhaliza berdiri di sebelah dengan senyuman – Noraniza Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Penyanyi, Noraniza Idris meluahkan rasa gemuruh apabila pertama kali melakukan ujian bunyi di Stadium Nasional TM untuk Konsert Bumantara Siti Nurhaliza yang berlangsung esok.
Noraniza memaklumkan rasa gementar semakin menjadi-jadi apabila melakukan ujian tersebut diiringi pasukan profesional, termasuk pemuzik tradisional terbaik negara.

“Alhamdulillah…semalam pertama kali dapat buat ujian bunyi (soundcheck) di Stadium Nasional TM.

“Kalau tanya macam mana rasanya, berdebar, kuat degupan jantung ini, dikelilingi pasukan profesional. Tradisional orkestranya, sessionist dan pengarah muzik terbaik dalam industri.

“Pasukan bvs semua hebat belaka. Hati tenang bila Siti Nurhaliza berdiri di sebelah dengan senyuman, maklum apa saya perlu buat. Mesti saya nampak gabra.

“Hari ini latihan kedua, lebih baik lagi.. jom bertenang layan Salam Kaut,” katanya dalam Thread.
Sementara itu Noraniza meluahkan rasa gembira apabila muzik video lagu terbarunya, Salam Kaut mendapat tempat dalam kalangan penggemar muzik tradisional.
“Salam Kaut sudah mencapai 400,000 jumlah tontonan! Dua minggu berlalu, setiap tontonan masih buat saya tersenyum.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sudi menonton video muzik Salam Kaut. Saya sangat bersyukur lagu ini diterima dan diberi ruang dalam hati anda.

Memuatkan artikel berkaitan…
“Di sebalik karya ini, ada usaha ramai insan yang turut saya hargai. Terima kasih atas kasih sayang anda, sokongan anda sangat bermakna buat kami semua,” katanya lagi.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini