Negara berpendapatan tinggi: Majikan tidak boleh banyak alasan - Utusan Malaysia

Negara berpendapatan tinggi: Majikan tidak boleh banyak alasan

MENDESAK majikan menaikkan gaji berikutan kenaikan kos sara hidup semasa dilihat tidak relevan kerana majikan juga berdepan masalah sama selepas penularan Covid-19. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha mencapai negara berpendapatan tinggi dalam tempoh dua tahun tidak akan tercapai sekiranya syarikat atau majikan tidak berani menyahut cabaran dengan menaikkan gaji pekerja masing-masing.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Kamarul Baharin Mansor berkata, penguatkuasaan secara menyeluruh harus dibuat dan syarikat-syarikat perlu bertanggungjawab dalam memastikan Malaysia mencapai negara berpendapatan tinggi.

“Jika syarikat memberikan gaji minimum lebih tinggi dan dalam masa sama memberikan latihan kepada pekerja supaya boleh meningkatkan produktiviti, saya rasa negara lebih maju dari Vietnam dan Indonesia.

“Tetapi syarikat-syarikat tidak menyahut cabaran untuk menaikkan gaji pekerja, Malaysia akan terus ketinggalan seterusnya kita akan gagal mencapai negara berpendapatan tinggi,” kata beliau.

Menurut beliau, ini kerana sesetengah syarikat memberikan pelbagai alasan untuk tidak menaikkan gaji pekerja walaupun menjana keuntungan banyak.

“Oleh itu, jika kerajaan tidak membuat sesuatu seperti mewujudkan satu dasar untuk gaji pekerja, Malaysia tidak akan mencapai negara berpendapatan tinggi seperti diunjurkan,” tegasnya.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Muhd Effendy Abdul Ghani berkata, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 diumumkan kerajaan adalah kerangka yang baik untuk memfokuskan kepada negara berpendapatan tinggi.

“Pihak kerajaan dan pihak majikan perlu ada perancangan tersusun untuk memastikan pekerja mereka dihantar untuk meningkatkan kemahiran supaya mereka bersedia untuk bersaing dan meningkatkan mutu syarikat,” kata beliau.

Menurutnya, Dasar Gaji Progresif yang dirangka adil kepada pekerja, majikan dan negara kerana ia bersandarkan kemahiran, pengalaman dan kelayakan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×