Pembantu tadbir raih PhD UniMAP

Pembantu tadbir raih PhD UniMAP

REYNOLD@Reynold Wong melihat skrol PhD yang diterimanya selepas Istiadat Konvokesyen 21 UniMAP di Dewan Tuanku Canselor UniMAP, Arau, Perlis. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang pembantu tadbir pejabat mencuri perhatian apabila menerima penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan bersempena Istiadat Konvokesyen 21 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), hari ini.

Reynold@Reynold Wong, 48, menerima penganugerahan itu pada sidang pertama konvokesyen yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor UniMAP.

Menurut Reynold, dia merasa bersyukur apabila dapat meraih penganugerahan berkenaan selepas mengharungi cabaran bagi menamatkan pengajian dalam bidang tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang penting sekali adalah disiplin. Sudah tentulah kalau kita rasa progress itu lambat untuk sampai ke objektif dikehendaki, namun dengan kecekalan serta disiplin, maka kita dapat capai apa yang diinginkan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kata Reynold, pihaknya juga sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara dilakukan bagi meraih hasil lebih memuaskan.

Ujar anak kelahiran Sabah ini, semasa mengikuti pengajian, dia juga menetapkan tiga sifat utama sebagai panduan untuk berjaya iaitu sikap, tingkah laku baik dan sentiasa bersyukur.

“Ketiga-tiga ini perlu dirangkumkan dengan disiplin yang kuat dan ia akan menghadiahkan hasil terbaik. Sekali pun kita tak faham apa dibaca, namun jika setiap hari kita ulang kaji, pasti lama-lama akan mahir juga,” katanya.

Bapa kepada seorang anak ini berkata, isterinya, Caroline Taimin, 48, juga menjadi penguat semangat dan sentiasa memberi dorongan buat dirinya untuk menyambung pengajian bagi menggenggam PhD.

“Selepas ini, saya mungkin akan mohon untuk jadi pendidik dan menyumbang kembali kepada masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini