359 rayuan pertukaran pegawai perubatan diluluskan

359 rayuan pertukaran pegawai perubatan diluluskan

parlimen
DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan 359 rayuan pertukaran pegawai perubatan termasuk 27 permohonan baharu.

Jumlah 359 kes yang diluluskan itu adalah daripada 1,834 permohonan untuk pertukaran tempat perkhidmatan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, permohonan rayuan baharu masih dibuka, namun kelulusan permohonan akan diperlahankan dahulu buat masa ini.

Katanya, ia bagi memberi ruang untuk membuat penilaian dalam mengenal pasti kelayakan rayuan sebelum diluluskan.

“Ini tidak bermakna rayuan tersebut tidak dipedulikan langsung, malah kita akan melihat tugasan hakiki sebagai seorang pegawai perubatan dan penjawat awam.

“Kalau rayuan tersebut mempunyai merit dan penempatan yang mereka minta itu ada kekosongan, mungkin kita akan memudahkan permintaan itu,” katanya di sini, semalam.

Justeru, Zaliha berkata, pegawai kesihatan yang telah diluluskan rayuan mereka hendaklah melaporkan diri di pe­nempatan baharu dengan segera.

Namun begitu, katanya, jika ada rayuan lain selepas itu, pihak pihaknya akan meneliti kembali permohonan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, KKM akan sentiasa mengkaji rayuan berdasarkan kelebihan pegawai itu untuk diperhalusi.

Dalam masa yang sama, KKM menganggarkan terdapat lebih 1,000 kekosongan di Sabah dan Sarawak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN